
Assalamualaikum....
Pada 7 & 8 November 2009 Belia Arajaya bersama Angensi Anti Dadah Daerah Barat Daya (AADK) juga Surau Al-Mubarak Kg. Baru, Sungai Ara akan berkerjasama menganjurkan program GEMPADAH. Antara aktiviti yang akan diadakan seperti Takraw, Futsal (Tertutup) dan Ceramah Agama pada 7hb (Sabtu) dan Pameran, Derma Darah, Sukaneka, Cabutan Bertuah, Pertandingan Azan dan Pertandingan menghafal Surah Lazim pada 8hb (Ahad).
Antara Jabatan yang dijemput membuat pameran dan pertunjukan ialah Bomba, Klinik Kesihatan, Trafik dan AADK. Pengunjung juga dapat memeriksa kesihatan dan derma darah. Ada juga group wanita bersama pegawai AADK akan berjalan rumah ke rumah bagi memberi penerangan tentang bahayanya dadah.
Diharap penduduk kawasan Sungai Ara dan kawasan berdekatan hadir bagi memeriahkan lagi program ini dan kepada belia sungai ara diharap dapat menyertai kami bagi membantu melancarkan program ini. kepada pengunjung makan tengahari disediakan pada 8hb.
p/s . kami menggunakan nama Belia 4B Arajaya sebab dirasakan program ini lebih bersifat kemasyarakatan dan lari dari agenda politik walaupun orang yang mentadbir adalah orang yang sama.
sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan