Pada 30hb Ogos 2009 lepas, Geng Pemuda Arajaya telah menjayakan satu Program iaitu Majlis Bubur Lambuk dan Jamuan Berbuka Puasa. Berbeza kali ini kami adakan Majlis Tahlil juga untuk sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos dan penyerahan duit sumbangan orang ramai dari Tabung yang dilancarkan bulan lalu pada keluarga Mohd Rafik Jamat.
Bubur Lambuk kali ini dimasak dua periuk hasil sumbangan Ajk Pemuda dan cawangan. Ada yang menyumbang beras, daging, udang dan juga wang, terima kasih kepada yang memberi sumbangan, tidak lupa juga pada yang menyumbang tenaga dan kepada RH Dynamic Sdn. Bhd. yang menyumbangkan T-Shirt untuk Majlis ini.
Petang itu juga kami semua ke rumah keluarga Mohd Rafik Jamat bagi menyerahkan duit dari Tabung dan di temani oleh dua orang wartawan. Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan beban isteri dan anak beliau. Terima kasih kepada Mas Erah dari Sinar dan Azeli Ali dari Kosmo yang sudi hadir membuat liputan dan orang ramai yang turut menyumbang wang.
Majlis Tahlil pula diadakan sebelum waktu Berbuka didalam pejabat Ir. Mansor Musa (Ketua UMNO Cawangan Arajaya) yang dihadiri oleh Jemaah Surau dan juga Pemuda-Pemuda cawangan. Terima Kasih pada Ghazali (yang juga AJK Pemuda Arajaya) yang ‘membawa’ Majlis Tahlil tersebut dan sebagai Imam Sembahyang Magrib.
Majlis Berbuka puasa pula turut menjemput Puteri Arajaya, AJK Caw. Arajaya dan Pemuda cawangan dalam Bahagian Bayan Baru. Semua berjalan lancar dengan menu hasil dari duit Tabung Geng Pemuda Arajaya.
Sekian, jumpa lagi di Majlis Khatan Beramai-ramai yang akan diadakan pada 29 Nov. 2009 – Kepada sesiapa yang nak menyertai program yang dianjurkan sangatlah kami alu-alu kan.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan