23 Nov 2009

Foto GEMPADAH

Terima Kasih kepada semua pihak yang menjayakan Program GEMPADAH ini, juga orang kampung yang menyokong program kami, sama-sama kita manfaatkan keamanan dalam negara kita.
AJK Belia Arajaya bersama kakitangan AADK

antara aktiviti buat kanak-kanak

pemeriksaan percuma oleh Permata Hijrah

Pameran dari Jabtan Kesihatan

orang ramai menyertai cabutan bertuah digerai AADK

Derma Darah

Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan




30 Okt 2009

GEMPADAH


Assalamualaikum....

Pada 7 & 8 November 2009 Belia Arajaya bersama Angensi Anti Dadah Daerah Barat Daya (AADK) juga Surau Al-Mubarak Kg. Baru, Sungai Ara akan berkerjasama menganjurkan program GEMPADAH. Antara aktiviti yang akan diadakan seperti Takraw, Futsal (Tertutup) dan Ceramah Agama pada 7hb (Sabtu) dan Pameran, Derma Darah, Sukaneka, Cabutan Bertuah, Pertandingan Azan dan Pertandingan menghafal Surah Lazim pada 8hb (Ahad).

Antara Jabatan yang dijemput membuat pameran dan pertunjukan ialah Bomba, Klinik Kesihatan, Trafik dan AADK. Pengunjung juga dapat memeriksa kesihatan dan derma darah. Ada juga group wanita bersama pegawai AADK akan berjalan rumah ke rumah bagi memberi penerangan tentang bahayanya dadah.

Diharap penduduk kawasan Sungai Ara dan kawasan berdekatan hadir bagi memeriahkan lagi program ini dan kepada belia sungai ara diharap dapat menyertai kami bagi membantu melancarkan program ini. kepada pengunjung makan tengahari disediakan pada 8hb.

p/s . kami menggunakan nama Belia 4B Arajaya sebab dirasakan program ini lebih bersifat kemasyarakatan dan lari dari agenda politik walaupun orang yang mentadbir adalah orang yang sama.

sekian..

30 Sep 2009

Majlis Bubur Lambuk & Jamuan Berbuka

Assalamualaikum...

Pada 30hb Ogos 2009 lepas, Geng Pemuda Arajaya telah menjayakan satu Program iaitu Majlis Bubur Lambuk dan Jamuan Berbuka Puasa. Berbeza kali ini kami adakan Majlis Tahlil juga untuk sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos dan penyerahan duit sumbangan orang ramai dari Tabung yang dilancarkan bulan lalu pada keluarga Mohd Rafik Jamat.

Bubur Lambuk kali ini dimasak dua periuk hasil sumbangan Ajk Pemuda dan cawangan. Ada yang menyumbang beras, daging, udang dan juga wang, terima kasih kepada yang memberi sumbangan, tidak lupa juga pada yang menyumbang tenaga dan kepada RH Dynamic Sdn. Bhd. yang menyumbangkan T-Shirt untuk Majlis ini.

Petang itu juga kami semua ke rumah keluarga Mohd Rafik Jamat bagi menyerahkan duit dari Tabung dan di temani oleh dua orang wartawan. Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan beban isteri dan anak beliau. Terima kasih kepada Mas Erah dari Sinar dan Azeli Ali dari Kosmo yang sudi hadir membuat liputan dan orang ramai yang turut menyumbang wang.

Majlis Tahlil pula diadakan sebelum waktu Berbuka didalam pejabat Ir. Mansor Musa (Ketua UMNO Cawangan Arajaya) yang dihadiri oleh Jemaah Surau dan juga Pemuda-Pemuda cawangan. Terima Kasih pada Ghazali (yang juga AJK Pemuda Arajaya) yang ‘membawa’ Majlis Tahlil tersebut dan sebagai Imam Sembahyang Magrib.

Majlis Berbuka puasa pula turut menjemput Puteri Arajaya, AJK Caw. Arajaya dan Pemuda cawangan dalam Bahagian Bayan Baru. Semua berjalan lancar dengan menu hasil dari duit Tabung Geng Pemuda Arajaya.

Sekian, jumpa lagi di Majlis Khatan Beramai-ramai yang akan diadakan pada 29 Nov. 2009 – Kepada sesiapa yang nak menyertai program yang dianjurkan sangatlah kami alu-alu kan.











18 Ogo 2009

Bowling

Pada 15hb Ogos 2009 yang lepas UMNO Bahagian Bayan Baru dan Biro Kebudayaan, Sukan, Belia dan Rekreasi telah menganjurkan Pertandingan Bowling berpasukan di Komplek Bukit Jambul, Pulau Pinang. Seperti biasa geng pemuda arajaya bergabung dengan puteri arajaya mengantar 3 pasukan untuk memberi saingan pada pertandingan kali ini.. dan nampaknya ada pasukan lebih hebat.. hehe.. apapun program seperti ini dapat memberi ruang beramah mesra dan mengeratkan lagi hubungan antara cawangan dalam bahagian bayan baru.. dan cawangan arajaya akan memberi sokongan sepenuhnya.... saksikan

dari kiri atas : Zabidi, Shafik, Irwan, Yus, Sharizel, Mazlan, Fuad, G,
dari kiri bawah : Awin NurFuadah, Noraini, Juliana dan Fatiyah.


Aksi - aksi geng pemuda arajaya


anak dan isteri turut memberi sokongan
sesi memberi hadiah... oleh Dato Rahim Saibu dan Ridzuan

20 Jul 2009

Tabung Mohd Rafik Jamat

Hari Ahad 19 julai 2009, dalam kampung, geng pemuda arajaya telah melancarkan satu tabung bagi membantu isteri dan anak Mohd Rafik yang Koma akibat kemalangan di atas jambatan pulau pinang 4 bulan lalu. akibat kemalangan ketika perjalanan ketempat kerja, tempurung kepala mohd rafik dipotong dan dikeluarkan pihak hospital dan akan disambung semula dalam masa terdekat ini.

Mohd Rafik adik ipar kepada Rosli Rahim (lee) iaitu salah seorang ajk pemuda arajaya. Tabung sumbangan kami letak kat kedai seri juwara, sapa-sapa yang prihatin dan simpati nak buat sumbangan bleh la p kedai atau untuk sumbangan yang lebih besar bleh pegi terus kat rumah lee atau hubungi Ketua Pemuda UMNO Arajaya kami -
Saudara Sharrizel ditalian - 019-4151505..

insyaallah kalau ada apa-apa yang kami boleh tolong kami akan tolong, bagi ahli geng pemuda arajaya atau belia sungai ara yang tahu sesiapa yang sangat-sangat memerlukan bantuan boleh la bagitau kami dan sama-sama kita bantu dalam apa jugak bentuk bantuan. (boleh tinggalkan mesej dalam ruangan comment atau hubungi ketua geng pemuda).

paper kosmo 20 julai 2009 dari kiri : Shairazi (AJK), Iskandar(AJK), Yus (Timbalan Pemuda), Sharrizel (Ketua Pemuda), Sharmila (Isteri Mohd Rafik), En. Rahim (Bapa Sharmila), Ir Mansor Musa (Ketua Cawangan), Razami (CikMie)(Setiausaha Caw.) dan Bidi (Ketua penerangan Pemuda)

Sumbangan yang tidak seberapa ini harap dapat meringankan bebanan isteri mohd rafik yang terpaksa berhenti kerja dan anak beliau.

Ir. Mansor Musa (Ketua UMNO Caw. Arajaya) turut membuat lawatan dan menderma

geng pemuda prihatin

antara geng ahli dan ajk pemuda yang turut hadir dan memberi sumbangan
tq geng

aksi mat eben memberi sumbangan

ketua geng sedang diinterview oleh wakil kosmo

aksi anak mohd rafik

program seterusnya... minum! tq kt ketua geng kerana belanja minum..
ps/ : banyak lagi aktiviti geng pemuda arajaya akan buat antaranya - bubur lambuk puasa nanti - program berkhatan beramai-ramai. bagi belia sungai ara atau dari kg mana pun kalau nak join geng sangat dialu-alukan, jgn la malu-malu.. bleh tinggai no fon kt sini nanti time program saya akan telefon. ok

30 Apr 2009

Bintang

Assalamualaikum...

ok.. buat masa ni geng pemuda arajaya baru merancang aktiviti seterusnya iaitu kejohanan boling tertutup ka terbuka tak tahu lagi... mungkin akan dilaksanakan pada bulan lima atau enam...

sebenarnya banyak lagi aktiviti geng yg belum diupload dalam blog ni... sebab... ada aktiviti yang kita buat tapi tak ambil gambar.. ada yang dah 'terdelete' gambar aktiviti.. almaklumlah.. kami belum ada jurufoto yg bertauliah mengikut setiap kegiatan kami... kebanyakan gambar yang diambil hanya pakai handphone 3.2mp jadi gambar pun eemmm... kurang kualiti lah.. tapi tak kesah... asal ada gambar sudahlah.. sebagai 'bukti'... hehe..

ada satu lagi aktiviti dalam bulan puasa tahun lepas... belum disiarkan lagi.... lokasi aktiviti.. dewan belia 4b arajaya... masa.. dari lepas sembahyang tarawikh sampai la penat... nak penat pun ada la dalam pukul 4-5 pagi.. hehe.. ada yang balik awal sebab kerja esok paginya... apa-apa pun terima kasih kepada geng yang membantu membina sebuah 'bintang'... untuk memeriahkan lagi kampung baru sungai ara ini.... sekian..

memang bising guna mesin potong besi ni tapi guna buat potong buluh... hehe

ajat & ngah

baik-baik kena tangan

aksi malu pekho & ngan gergaji buluh

aksi masak gam oleh skodeng, g dan mat eben

ukur dulu..

bintang malam...

aksi bergambar la pulok... mat eben, pekho dan abe

23 Apr 2009

Bukit Selambau

pertama sekali.. terima kasih pada yg memberi komen...

ok... aktiviti seterusnya berkaitan politik sket... jadi... bukan semua geng menyertainya... sedia maklum geng pemudarajaya asalnya memang dari pemuda umno arajaya tapi sebarang aktiviti anjuran pemuda umno arajaya yg dijalankan dikampung contohnya sukan, gotongroyong, korban dll. turut disertai oleh belia-belia kampung dari 'berbilang parti' .. bak kata geng 'tak kisah! bila politik kita berpolitik bila sukan kita bersukan bila jumpa kawan kita berkawan!... ni semua dunia punya hal..! hehe..

ok lah...

baru-baru ni malaysia dilanda 'tsunami' politik... macam macam hal... tiga kawasan diberi ruang untuk penduduk memilih semula pemimpin kawasan itu oleh kerana kematian pemimpin terdahulu dan perletakan jawatan.... bab ni geng pemuda arajaya ada keja sikit... kejanya senang saja... lebih senang disebut kerja sukarela.. geng pemuda umno arajaya bergabung dengan geng pemuda umno cawangan lain dibawah pemuda umno bahagian bayan baru 'meramaikan' 'menolong' 'memberi sokongan' dan macam macam lagi kepada penduduk dan calon ADUN Bukit Selambau atas peletakan jawatan pemimpinnya terdahulu... ia lebih kepada sumbangan pemuda pada parti...

hari mengundi 7.4.2009 hari selasa.... isnin malam geng pemuda umno sudahpun bertolak ke Rumah yang disediakan oleh umno bahagian bayan baru bagi membantu pilihanraya kecil bukit selambau... rumah yg terletak di kuala ketil mengambil masa lebih kurang 1jam dari bayan baru.. rumah memang besar... pemuda pun ramai ditambah lagi geng wanita.. jadi geng arajaya yg mengamalkan sikap tak kesah pun tidur la di dalam kereta sahaja... memang tak kesah dan tak banyak songeh.. hehe nanti kita tengok gambarnya...

pagi dah bangun dan mandi di masjid berdekatan saja... berkumpul semua geng dan bertolak ke peti undi Batu Belacan bagi menjalankan kerja 'peraih undi'.... sekian disediakan gambar untuk tatapan....



video
video ni diambil oleh geng arajaya memperlihatkan keadaan sebenar di peti undi batu belacan.. ramai... sesak.. bising dan ada kes hampir bergaduh dah jadi biasa bagi tiap2 kali musim pilihanraya.. ramai juga peraih undi dari kawasan luar yg hadir.. geng geng pemuda bayan baru lebih senang mengambil sikap 'cool' sambil memegang bendera parti... saksikan


rumah pulau pinang, bahagian bayan baru di kuala ketil, rumah rehat bagi ahli UMNO bahagian bayan baru yg membantu perjalanan pilihanraya kecil bukit selambau.

aksi ketua geng pemuda sungai ara bersama-sama geng arajaya tidur dalam kereta...

geng pemuda & geng veteran arajaya berehat selepas 'pekena' ayam kampung sehari sebelum hari pilihanraya.

geng pemuda bahagian bayan baru... sayang sekali... pemuda arajaya tengah bersarapan didalam rumah... didepan baju putih tu ir. mansor musa, timbalan ketua bahagian bayan baru... merangkap ketua cawangan arajaya.. juga bekas adun batu maung.

aksi ketika sampai di peti undi batu belacan

suasana di sepanjang jalan...

aksi kutuk mengutuk... kata mengata pun ada jugak.. hehe..

lawatan calon memeriahkan lagi suasana

bagi yg pertama kali menjadi peraih undi.. memang macam ni lah suasananya.. satu pengalaman yang tak dapat dilupakan... percayalah kami geng arajaya boleh duduk bersembang dengan makcik-makcik pkr dan pas masa ni.. membuktikan yang nilai-nilai saudara seagama tidak dapat dihalang oleh parti yang berlainan... cuma jangan 'over' la masa terjerit-jerit tu.. sakit telinga..!!..
p/s : keputusan undi memihak kepada pkr.... kepada yang terjeri-jerit sampai sakit tekak tu... tak berbaloi beb... sekian..