2 Mac 2010

Majlis Khatan Beramai-ramai

Majlis Khatan Beramai pada 29hb November 2010..
Allhamdulilah.. Majlis berjalan dengan lancar bersama 30 orang peserta khatan.. ada la satu-dua kanak-kanak yang tak boleh berkhatan mungkin sebab masih kecil.. kalau sebab menjerit, meraung tu tak kisah sangat la.. kita ada 2-3 orang 'bouncer' dari geng pemuda yang tolong selesaikan masalah tu... kami memang 'respect' pada budak-budak yang 'terlalu' tenang menghadapi saat-saat getir.. geng-geng pemuda dulu kecik-kecik pun belum tentu ada setenang mereka sekarang... hehe..

ok.. dari 3orang doctor, seorang saja doctor yang mengunakan kaedah moden yakni 'clip' memang mudah, jimat masa, tidak sakit dan cepat baik.. 2 orang doctor lagi menggunakan jahitan seperti biasa.. ada yang dibalut dan ada yang tidak..

Terima Kasih kepada semua geng pemuda arajaya yang membantu melancarkan majlis dan kenduri ini.. sekian.. gambar-gambar yang sempat diambil..

bergambar sebelum adengan potong memotong


bermula di Dewan Belia Arajaya dengan membaca doa oleh Ghazali Arshad

Jabatan yang ditunggu-tunggu sudah tiba
mandi la korang sebelum korang dibagi mandi oleh mak masing-masing.. hehe
teruja melihat kanak-kanak bermain air
ketua geng, sharrizel dan ketua cawangan, ir. mansor musa turut teruja

masih menunggu air pancut?... dah abis dah la dik..
tukar baju biar segak
pakcik-pakcik kecik
maaf ya.. disini tak ada adengan 'kokko' ataupun dukung... sini jalan sendiri dik..
ibubapa turut berarak membawa anak masing-masing ketempat bersejarah
beratur menunggu giliran atas cabutan nama yang dibuat

macam mana nak lari nih.... hehe..
jangan nagis dik.. sikit ja..
mula-mula time enjet ja sakit sikit.. lepas tu ok dah..

jangan meronta dik nanti lagi sakit... huuwaaaa....

aku dah sudah.. giliran kau pulak...

ibubapa yang sabar menanti giliran anak mereka

antara peralatan 'memotong'
Doctor Mokthar dan seorang doctor pelawat
terima kasih kepada doctor yang bersabar melayan kerenah budak-budak
diluar geng pemuda membuat persiapan untuk kenduri korban

terima kasih banyak kepada geng yang rajin membantu
* Photos by Adi

Hari ke-Dua Korban untuk Majlis Khatan

Hari ke-2 Korban seekor lembu kenduri Khatam Al-quran dari keluarga En. Abdul Razak bin Musa. oleh kerana kenduri tersebut diadakan berdekatan dan pada hari yang sama dengan Majlis Khatan Beramai-ramai, En. Abdul Razak membenarkan ibubapa perserta majlis khatan turut sama meraikan kenduri tersebut.. terima kasih kepada keluarga En. Abdul Razak..
Sekian adalah gambar-gambar yang sempat diambil..




Acara memotong daging lembu dihadapan rumah En Razak / dihadapan Pasar Mini Seri Juwara

geng pemuda sibuk membasuh perut lembu

Acara malam 'Santapan Sup Ekor'

25 Feb 2010

KORBAN

Aktiviti Korban tahun 2009... maaf lambat update.. hehe..
sekian.. gambar-gambarnya...

Dewan Belia Arajaya Kampung Baru, Sungai Ara.

Aksi 'skodeng' meng-karate lembu

Aksi menumbangkan lembu korban

aksi belia-belia kampung

ketua pemuda melapah

skodeng & irwan


gotong-royong

'otai-otai' yang turut serta

penggunaan mesin lebih menjimatkan masa & tenaga

23 Nov 2009

Foto GEMPADAH

Terima Kasih kepada semua pihak yang menjayakan Program GEMPADAH ini, juga orang kampung yang menyokong program kami, sama-sama kita manfaatkan keamanan dalam negara kita.
AJK Belia Arajaya bersama kakitangan AADK

antara aktiviti buat kanak-kanak

pemeriksaan percuma oleh Permata Hijrah

Pameran dari Jabtan Kesihatan

orang ramai menyertai cabutan bertuah digerai AADK

Derma Darah

Pertandingan Tumbuk Sambal Belacan




30 Okt 2009

GEMPADAH


Assalamualaikum....

Pada 7 & 8 November 2009 Belia Arajaya bersama Angensi Anti Dadah Daerah Barat Daya (AADK) juga Surau Al-Mubarak Kg. Baru, Sungai Ara akan berkerjasama menganjurkan program GEMPADAH. Antara aktiviti yang akan diadakan seperti Takraw, Futsal (Tertutup) dan Ceramah Agama pada 7hb (Sabtu) dan Pameran, Derma Darah, Sukaneka, Cabutan Bertuah, Pertandingan Azan dan Pertandingan menghafal Surah Lazim pada 8hb (Ahad).

Antara Jabatan yang dijemput membuat pameran dan pertunjukan ialah Bomba, Klinik Kesihatan, Trafik dan AADK. Pengunjung juga dapat memeriksa kesihatan dan derma darah. Ada juga group wanita bersama pegawai AADK akan berjalan rumah ke rumah bagi memberi penerangan tentang bahayanya dadah.

Diharap penduduk kawasan Sungai Ara dan kawasan berdekatan hadir bagi memeriahkan lagi program ini dan kepada belia sungai ara diharap dapat menyertai kami bagi membantu melancarkan program ini. kepada pengunjung makan tengahari disediakan pada 8hb.

p/s . kami menggunakan nama Belia 4B Arajaya sebab dirasakan program ini lebih bersifat kemasyarakatan dan lari dari agenda politik walaupun orang yang mentadbir adalah orang yang sama.

sekian..