20 Jul 2009

Tabung Mohd Rafik Jamat

Hari Ahad 19 julai 2009, dalam kampung, geng pemuda arajaya telah melancarkan satu tabung bagi membantu isteri dan anak Mohd Rafik yang Koma akibat kemalangan di atas jambatan pulau pinang 4 bulan lalu. akibat kemalangan ketika perjalanan ketempat kerja, tempurung kepala mohd rafik dipotong dan dikeluarkan pihak hospital dan akan disambung semula dalam masa terdekat ini.

Mohd Rafik adik ipar kepada Rosli Rahim (lee) iaitu salah seorang ajk pemuda arajaya. Tabung sumbangan kami letak kat kedai seri juwara, sapa-sapa yang prihatin dan simpati nak buat sumbangan bleh la p kedai atau untuk sumbangan yang lebih besar bleh pegi terus kat rumah lee atau hubungi Ketua Pemuda UMNO Arajaya kami -
Saudara Sharrizel ditalian - 019-4151505..

insyaallah kalau ada apa-apa yang kami boleh tolong kami akan tolong, bagi ahli geng pemuda arajaya atau belia sungai ara yang tahu sesiapa yang sangat-sangat memerlukan bantuan boleh la bagitau kami dan sama-sama kita bantu dalam apa jugak bentuk bantuan. (boleh tinggalkan mesej dalam ruangan comment atau hubungi ketua geng pemuda).

paper kosmo 20 julai 2009 dari kiri : Shairazi (AJK), Iskandar(AJK), Yus (Timbalan Pemuda), Sharrizel (Ketua Pemuda), Sharmila (Isteri Mohd Rafik), En. Rahim (Bapa Sharmila), Ir Mansor Musa (Ketua Cawangan), Razami (CikMie)(Setiausaha Caw.) dan Bidi (Ketua penerangan Pemuda)

Sumbangan yang tidak seberapa ini harap dapat meringankan bebanan isteri mohd rafik yang terpaksa berhenti kerja dan anak beliau.

Ir. Mansor Musa (Ketua UMNO Caw. Arajaya) turut membuat lawatan dan menderma

geng pemuda prihatin

antara geng ahli dan ajk pemuda yang turut hadir dan memberi sumbangan
tq geng

aksi mat eben memberi sumbangan

ketua geng sedang diinterview oleh wakil kosmo

aksi anak mohd rafik

program seterusnya... minum! tq kt ketua geng kerana belanja minum..
ps/ : banyak lagi aktiviti geng pemuda arajaya akan buat antaranya - bubur lambuk puasa nanti - program berkhatan beramai-ramai. bagi belia sungai ara atau dari kg mana pun kalau nak join geng sangat dialu-alukan, jgn la malu-malu.. bleh tinggai no fon kt sini nanti time program saya akan telefon. ok