12 Dis 2008

Majlis Kenduri Korban

geng pemuda arajaya telah mengadakan majlis kenduri korban sempena HAri Raya Korban 2008 di Dewan Belia Arajaya, Sungai Ara. antara aktiviti yg diadakan ialah Sembelih lembu (sekor ja) dan Jamuan MAkan pada malam harinya... ni ha gambarnya..

geng wanita pun turut serta membantu majlis ini



aktiviti melapah oleh ketua geng

malam aktiviti memasak dan jamuan



15 Okt 2008

Gambar Aktiviti..

Dah abis dah raya.. semua geng beraya macam biasa.. bermaaf-maafan bila berjumpa.. malam raya seperti tahun-tahun lain geng pemuda arajaya akan mengadakan majlis bbq.. kali ni kami buat di Dewan Orang Ramai Kampung Baru, Sungai Ara.. Istimewa tahun ni, bos kami Ir. Mansor Musa hadiahkan dua ekor Ayam Piru... buat gulai makan dengan roti jala.. hehe.. sedappp.. pertama kali semua geng rasa daging ayam piru (kadang2 kami panggil ayam kluk kluk, diambil dari bunyi ayam tu sendiri). Ayam peram wajib ada dan satay hasil dari kutipan RM 10.00 dari semua geng.. Gambar nanti aku upload masuk.. sekarang nak tunjuk gambar aktiviti sebelum raya dulu..

'Bubur Lambuk'




Ni gambar aktiviti 'Ronda-Ronda Merdeka' pada 24hb 08 2008

26 Sep 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Bergema takbir di pagi raya
Menyambut Syawal bulan mulia
Bersyukur insan pada Yang Esa
Berhari raya kita semua
Pohon kemaafan doa restu dari mu ayah ibu
Dipagi hari raya ikhlas kasih anakmu
Keinsafan kesabaran bermaafan
Menjanji kita semua insan yang mulia
1 Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia
Yang yatim yang miskin pun gembira
Walaupun hiba di pagi hari raya
Yang kecil pun turut bergembira
Menyambut hari raya oh, oh mulia
Sebulan berpuasa mengajar kita
Erti kesabaran dan keinsafan
Menghormati yang tua muda dan pada ibubapa keluarga tercinta
Ampun dan maaf dihari yang mulia dari anakmu
Dan ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri
kepada semua...

kredit to : 4u2c

15 Sep 2008

Banner Selamat Hari Raya.. haha

ini design banner ucapan selamat hari raya.. amacam ok dak? hehe design ni ajatt yg buat tapi tak print lg.. di sini aku wakil dari Geng Pemuda Ara jaya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam di bumi allah ini semoga kita dapat merayakan hari kemenangan kita selepas sebulan kita berpuasa dan tanpa melupakan orang yang berduka.. maaf zahir dan batin


10 Sep 2008

Assalamualaikum...

Allhamdulilah.... satu lagi blog ditubuhkan.. blog selama ini yg menjadi idaman Geng Pemuda Ara jaya untuk berkongsi aktiviti dgn masyarakat 'pemuda' lain telah pun diaktifkan.. aku masih baru lagi dlm aktiviti 'blog mem blog ni' jadi harap sapa -sapa yg terer tuh kongsi2 la pengetahuan..
1st sekali mestilah nak cerita kesah Geng Pemuda Ara Jaya nih.. kan..

ok

Sebenarnya Ara Jaya ni adalah nama cawangan UMNO dalam KADUN Batu Maung, ataupun dalam UMNO Bahagian Bayan Baru.. beroperasi di Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang. secara tidak langsung 'Pemuda' ditubuhkan jugak dalam cawangan Ara Jaya ini bagi melengkapkan cawangan itu sendiri..

memanglah sepatutnya digunakan 'Pemuda UMNO Ara Jaya' tapi disini, dikampung Baru Sungai Ara ni, Pemuda tak kesah dari Parti Politik mana pun boleh join sekali aktiviti yang dianjurkan oleh 'Geng Pemuda Ara Jaya' .. pendek kata Parti Politik tidak menghalang percampuran/pergaulan golongan muda di Sungai Ara ni.. banyak jugak aktiviti yg telah dijalankan.. hahaha.. nanti aku cerita lagi..